Monday, April 27, 2009

Pemain Bass baru SAKHTi

Sakhti di wakili oleh pemain bass baru iaitu Khairul Azli atau di kenali sebangai abang. Abang telah di sunting oleh sakhti di awal tahun 2009. Beliau juga di rasuki oleh muzik jazz , metal dan pop. Jadi tidak menjadi masaalah untuk beliau menserasikan diri dengan muzik yang di bawa oleh sakhti.

Sunday, April 26, 2009

KL FM bersama Sakhti

Pada 25 Jun 2009 pukul 9 malam Sakhti akan berada di konti KL FM untuk diteruramah pada hari tersebut. Nantikan lah kemunculan kami.

Sejam bersama Sakhti di Asyik FM



Pada 23 April 2009 Sakhti telah diundang ke konti Asyik FM untuk ditemuramah selama sejam.
Sakhti dihadiri oleh Pyan, Ayed, Shah, Abang dan Encik Mahzan B selaku PR kepada kumpulan Sakhti.

Terima Kasih kepada pendengar-pendengar yang menelefon kami pada hari tersebut.Sokongan anda amatlah kami hargai.Terima Kasih.

16 May Sakhti Di Central Market KL

Mini gig Muzik FM di Central Market pada 16 May 2009 Sakhti bersama-sama dengan Jinbara, Kristal, Aisunam dan beberapa artis popular tanah air akan turut serta.

Diadakan dengan secara percuma untuk menghargai pendengar-pendegar muzik FM yang memberi songkongan yang tidak berbelah bahagi.

Datang la beramai-ramai untuk memeriahkan lagi mini gig di Central Market. Berilah sokongan kepada SAKHTI.

13 May 2009 di Muzik Fm

Dengarkanlah pada 13 may 2009 Sakhti menggemparkan Muzik FM pada pukul 3 ptg. Ia di susuli dengan temuramah dan persembahan akustik.

Sunday, May 18, 2008

sakhti di utusan



Sakhti tidak gentar bersaing


KUMPULAN Sakhti


DIANGGOTAI empat orang anak muda, Pyan, Rizal, Ayie dan Ayied menggelarkan diri mereka Sakhti yang membawa maksud kuasa.

Meskipun keempat-empat mereka sudah berumur, namun itu bukanlah satu alasan untuk menghalang mereka mencuba nasib dalam bidang muzik.

Lantas percubaan mereka menerbitkan album sendiri berjudul Sakhti bakal dilihat sebagai kayu pengukur kejayaan mereka kelak.

“Kami berasa belum terlewat untuk kami mencuba nasib sebagai penyanyi. Walaupun umur kami tidaklah muda namun bagi kami muzik itu tiada sempadan. Jadi kerana minat yang mendalam kami mahu mencuba nasib dengan menerbitkan album untuk pasaran,” kata Pyan mewakili rakan-rakannya.

Mula ditubuhkan sekitar 2004, Sakhti bukanlah sebuah kumpulan hingusan. Sebaliknya, kumpulan ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengadakan persembahan di kelab-kelab malam.

“Pengalaman yang kami kutip bertahun-tahun mengadakan persembahan di kelab-kelab malam sedikit sebanyak menguatkan kami. Malah ia memberi kami kekuatan untuk bersaing dalam industri seni tempatan,” jelas Pyan lagi.

Menyambung perbualan, Pyan memberitahu album Sakhti bakal dilancarkan di pasaran sekitar bulan depan.

Kumpulan itu juga memilih genre rock sebagai tunjang utama album sulung mereka.

Mengambil masa setahun untuk disiapkan, kini single mereka berjudul Hasrat dan Lumrah sudah pun dimainkan di corong-corong radio.

Malah lebih membanggakan apabila hampir kesemua lagu yang terkandung dalam album tersebut merupakan ciptaan mereka sendiri.

“Bukan tak percaya dengan orang lain, tapi kami mempunyai masa dan kami gunakannya untuk mencipta lagu-lagu sendiri.

“Sebab bila kita nyanyi lagu sendiri kepuasan yang kita dapat melebihi daripada menyanyi lagu orang lain. Tapi pada masa depan mungkin kami akan menyanyikan lagu-lagu ciptaan orang lain pula,” katanya lagi.