sakhti - kuda kayu
Monday, May 19, 2008
Sunday, May 18, 2008
sakhti di utusan
Sakhti tidak gentar bersaing
fadzilah.bahar@utusan.com.my
|
|
DIANGGOTAI empat orang anak muda, Pyan, Rizal, Ayie dan Ayied menggelarkan diri mereka Sakhti yang membawa maksud kuasa.
Meskipun keempat-empat mereka sudah berumur, namun itu bukanlah satu alasan untuk menghalang mereka mencuba nasib dalam bidang muzik.
Lantas percubaan mereka menerbitkan album sendiri berjudul Sakhti bakal dilihat sebagai kayu pengukur kejayaan mereka kelak.
“Kami berasa belum terlewat untuk kami mencuba nasib sebagai penyanyi. Walaupun umur kami tidaklah muda namun bagi kami muzik itu tiada sempadan. Jadi kerana minat yang mendalam kami mahu mencuba nasib dengan menerbitkan album untuk pasaran,” kata Pyan mewakili rakan-rakannya.
Mula ditubuhkan sekitar 2004, Sakhti bukanlah sebuah kumpulan hingusan. Sebaliknya, kumpulan ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun mengadakan persembahan di kelab-kelab malam.
“Pengalaman yang kami kutip bertahun-tahun mengadakan persembahan di kelab-kelab malam sedikit sebanyak menguatkan kami. Malah ia memberi kami kekuatan untuk bersaing dalam industri seni tempatan,” jelas Pyan lagi.
Menyambung perbualan, Pyan memberitahu album Sakhti bakal dilancarkan di pasaran sekitar bulan depan.
Kumpulan itu juga memilih genre rock sebagai tunjang utama album sulung mereka.
Mengambil masa setahun untuk disiapkan, kini single mereka berjudul Hasrat dan Lumrah sudah pun dimainkan di corong-corong radio.
Malah lebih membanggakan apabila hampir kesemua lagu yang terkandung dalam album tersebut merupakan ciptaan mereka sendiri.
“Bukan tak percaya dengan orang lain, tapi kami mempunyai masa dan kami gunakannya untuk mencipta lagu-lagu sendiri.
“Sebab bila kita nyanyi lagu sendiri kepuasan yang kita dapat melebihi daripada menyanyi lagu orang lain. Tapi pada masa depan mungkin kami akan menyanyikan lagu-lagu ciptaan orang lain pula,” katanya lagi.
Friday, March 28, 2008
MISI KAMI
LATAR BELAKANG KUMPULAN SAKHTI
"KAMI MENERBITKAN SENDIRI ALBUM INI DI BAWAH SYARIKAT PYAN ENTERTAIMENT DENGAN KOS RM30,000.00. JUSTERU KAMI MENGHARAPKAN ALBUM INI MAMPU MEMIKAT PENDENGAR DAN AGAR DIBBERIKAN SEDIKIT RUANG UNTUK DIPUTARKAN DI BEBERAPA STESEN RADIO" KATA PYAN YANG TURUT BERTINDAK SEBAGAI PENERBIT ALBUM TERSEBUT. SAKHTI ADALAH EJAAN LAMA DARIPADA BAHASA SANSKRIT YANG BERMAKSUD "KUASA". BERDASARKAN DARIPADA PERKATAAN TERSEBUT IS TELAH MNJADI ILHAM UNTUKDIJADIKAN SEBAGAI NAMA KUMPULAN BARU UNTUK BERSAING DALAM ARUS DUNIA HIBURAN TANAH AIR.